Saturday, June 20, 2009

Lauk and dessert for the day

Ni gambar2 lauk dan dessert menyambut kepulangan cik abe dari kampung last week.. (citer basi sikit, baru sempat nak update..)

Biskut batik untuk menggemukkan diri..

Masak lemak daging salai dengan pisang muda


daging bakar.. (actually ni lebihan buat gulai daging salai pisang muda..)



kerapu sweet and sour


Biskut batik tu sebenarnya cubaan kali ke-2 kakct. 1st time buat tak menjadi.
Sape nak cuba bole cube resepi di bawah... (Resepi ehsan dari my fren, Cik Aini. TQ Ani.. and Su kerana tolong menyalin resepi utk kawan2)

BISKUT (KEK) BATIK

Bahan-bahan
  1. 350 gm biskut marie
  2. 1 buku butter (250gm)
  3. 4 biji telur ayam
  4. 1 cawan milo
  5. 2 sudu makan koko
  6. 3/4 tin susu pekat manis

Cara-cara

  1. Pecah2 kan biskut marie kepada 4 bahagian dan ketepikan
  2. Pecahkan telur dan pukul sedikit
  3. Masukkan susu pekat, milo dan koko yang telah dicairkan dengan air panas (supaya tidak berketul2) ke dalam campuran telur tadi. Kacau sehingga sebati
  4. Masukkan butter (yang telah dicairkan pada suhu bilik) ke dalam campuran di atas
  5. Kacau campuran tadi di atas api yang sederhana sehingga adunan menjadi bergentel2
  6. Setelah agak pekat, masukkan pecahan biskut marie ke dalam adunan dan gaul sehingga rata
  7. Masukkan adunan tadi ke dalam loyang atau acuan yang bersesuaian dan mampatkan dengan menekan2 adunan dari bahagian atas
  8. Sejukkan sebentar dan masukkan ke dalam peti sejuk
  9. Keluarkan biskut batik dari acuan, potong dan hidangkan

    p/s - tip dari aini, kalau nak senang, gunakan saja pembungkus butter utk menekan2 kek. Alaskan adunan dengan pembungkus tersebut dan tekan dengan tangan. Jangan tekan dengan senduk, nanti kek tidak mampat dan bila dipotong akan berderai..


No comments:

Post a Comment