Sunday, June 28, 2009

Bibik nak balik (part 2)

6. Maid ke -6. Si I.


Allah, rasanya she's my worst maid. Masa mula2 masuk, penampilan kakct kasi 8 out of 10. Melihat kan dia macam perempuan melayu terakhir. Dia tak selekeh macam yang lain2. Baju2 dia cantik coz dia pandai menjahit. Kata my agen, dia ni anak kiai. Oh, that's explain tentang penampilannya. Tapi, jangan tertipu dengan luaran!


Bukannya apa, kakct rasa dia ni kerja tak ikhlas. Kalau kita minta tolong buat apa2, dia buat macam nak tak nak aje. Dengan budak pun macam nak tak nak aje melayan. Rupa2nya, dia bercerita dengan my sis punya maid yang dia ni selalu dimanjakan. Infact masa dalam pantang, mak mertua dia akan bawakan makanan utk dia sampai ke bilik. That's explain.


Yang paling tak tahan, genap 3 bulan 1 hari dia bersama kakct, dia beritahu pada kakct, "Ibu, saya sudah ngak mahu kerja lagi"


Nak gugur jantung kakct dengar. Apasal dah lepas 3 bulan baru cakap? Dia kata sebab agen pesan, kalau dalam masa 3 bulan tak serasi, diam-diam aja. Kurang asam punya agen. Dia tak nak ganti free lah tu. So, dia suruh beritahu after the warranty period. Padahal, kakct dah ambik few maids dengan agen ni.


So, I bawa dia pergi bersemuka dengan agen. Lepas kena brainwash, dia agree to stay. Bila kakct tny, kenapa mau berenti? Jawabnya, ngak tahan bu. Kepalanya pusing dengan budak2.


Alamak..kalau sudah pusing dengan budak2, susahlah sikit. Memang kakct akui anak2 kakct ni ada yang agak nakal sikit. Itu yang bibik ni tak tahan. Dipendekkan cerita, few mths later, after dah kena brainwash, si I sekali lagi beritahu kata dia jadi nak berenti.

Since dia baru sgt kerja degn kakct, dan mungkin sebab agen tu rasa bersalah or malu sebab rahsia dia dah terbongkar, dia agree to replace yang baru. Tp kena bayar RM2000. Maid yang baru ni majikan lama dia tak nak sebab katanya a bit slow to handle 7 orang anak. Kus semangat... 7 orang, memanglah kalut.

So, there goes si I. Mula2 kakct ingat dia nak balik Indon, tapi rupanya dia tukar majikan kerja dengan orang lain pula..Jaga orang tua.



7. Bibik M

Bibik M ni memang slow motion. Padanlah ex majikan dia nak tukar. Masa ni, kakct heavily pregnant si Dafina. Macam mana lah dia nak handle baby nanti. Risau juga. Tp one thing yang perasan, si M ni penyayang. Very humble dan bersopan santun orangnya. Masa kakct decide nak ambik dia, kakct sempat tanya dia betul2. Kamu memang sanggup tak kerja dengan budak2. Jaga baby dan anak kakct ada yang nakal. Jawabnya, biasa bu... bu. Anak saya juga nakal.

Walaupun slow, dia ok. Bila kakct bersalin Dafina, nampak yang dia sayang sangat dengan Dafina. After 6 mths, si M beritahu yang dia terpaksa balik ke Indon sebab pak mertua dia meninggal. Anak2 dia tgl dgn arwah pak mertua dia. Kalau dia tak balik , nanti rumah dia yang bersebelahan dengan rumah pak mertua akan diambil alih oleh pakcik2 saudaranya. Si M ni ibu tunggal. So, dia takut adik beradik arwah suaminya will take over the house.

So, there goes bibik M. Mmmm, entahlah. Dapat yang baik, macam2 hal pulak.

8. Bibik or should I say, Kak Ip**

This is first time i ambik maid muda, dari Acheh. The previous maids are all from Jawa. Barat, Timur, Tengah..semua ada. Kerja dia kemas. Dengan budak pun bolehlah... kiranya macam tambah sorang lagi anak. DIa akan bergosip sama2 dengan anak2 kakct. Cumanya, since she is very young, banyak perkara yang kita kena ajar dan suruh. Kalau diberi pilihan, I prefer the older one.

Nak jadi cerita, after 3 1/2 mths, at almost 7 o'clock (maghrib), Angah called kakct.

"Umi, kak Ip** dah lari!"

Terperanjat kakct. Tak pernah ada maid kakct yang lari. The first question that i asked, Dafina macammana. Takut kakct kalau kot2 dia bawa lari si Dafina. Adik ada, kata Angah. Rupanya, dia tunggu Angah balik dari sekolah agama before she ran away. Hmmm, nasib baik ada sifat kemanusiaan juga.

She left me a note saying that dia minta maaf dan beritahu yang dia tak ada ambil apa2 brg dari rumah kakct. The reason dia lari katanya coz dia ikut cowok. Bila masa pula dia sempat bercowok ni. Rupa2nya bila dia dah tak ada, baru lah anak2 kakct beritahu yang kadang2 ada mamat naik motor datang rumah we all, dan si Ip** akan ber surat. Hm, sabar ajelah budak2 ni pun. Awat tak beritahu awal2. So, melayanglah duit RM250 sebab kena denda maid lari.

After si Ip** ni lah, baru kakct dapat bibik yang sekarang ni. TAMAT

No comments:

Post a Comment