Sunday, June 21, 2009

Bibik nak balik (part 1)

When talking about maids, it's a never ending story... Masuk yang ni, kakct dah pakai 9 orang khidmat pembantu rumah untuk jangkamasa 14 tahun.

Current bibik, kakct namakan bibik S. Kakct rasa dia oklah... Walaupun kadang2 tu suka melawan. Maklumlah, dia ni dah agak berumur. She's in her late 40, dalam 49 yrs old. Masa mula2 amik dia, dia dah beritahu, nanti genap satu tahun, saya mahu pulang sebentar ke Medan kerana ada urusan bank. Kata dia, sebelum dia masuk M'sia, dia ada gadaikan tanah ke bank utk membeli bot. So, dia kena balik untuk ambil balik geran rumah dia kerana hutang dia akan langsai dalam masa setahun lagi. I think dia beritahu dia amik loan utk 3 tahun, sebanyak 10 juta.

Mula2 dengar tu bengang juga lah. Baru start kerja dan beritahu nak balik. Dia orang ni you never know. Kata nak balik sekejap, tapi bila dah sampai sana, terus senyap. Tak jadi nak balik sini semula. Sudahnya, kita juga yang rugi...

Kakct bukan apa. Dah macam2 pengalaman yang kakct rasa dengan maid ni. Tapi, tu lah. Kalau tak nak kasi balik, kang ntah apa2 pula yang dibuat dengan anak2 kita. So, bila dia kata nak balik juga, I cannot force her to stay.

So, bibik dijadualkan balik awal bulan July. Kact dah standby. Dafina kakct akan hantar ke nursery. Ammar pula, extend ke daycare di Tadika Amal. Si Angah dan Muhammad, terpaksa lah balik ke rumah. Kalau tak boleh cope, mungkin Md kakct akan transit kat rumah jiran. Buat masa ni nak cuba dulu tinggal dirumah. Either che abe atau kakct akan balik tengok they all during lunch time. As for Along, tak ada masalah. Dia still balik ikut che abe.

Ni nak cerita sikit tentang pengalaman kakct dengan maids ni. Bukan tujuan nak mengumpat, cuma nak dijadikan pengajaran sedikit.

1. Madi yang pertama -Maid from Kelantan - Che M aka auntie (dia yang suruh Mira panggil dia auntie).



Masa ni Mira berumur dalam lingkungan 1 tahun. Che M kerja tak sampai 1 tahun dengan we all. Sebab dia berhenti...cannot take teguran from us, particularly me. Dia akan kata "Kak M lebih dulu makan garam dari T, tak payah nak ajar kak M". She will rearrange the furnitures in my room whenver she likes. See... tak kan tak boleh tegur? First time pakai maid, kakct tak tahu. So, i benarkan she enters my room. However, maid2 yang kemudian..sori. No entry except kalau kakct benarkan



Tapi, satu kenangan yang tak bole lupa sampai bila2 dan menjadi parut dalam hidup kami ialah... jeng jeng jeng. Cuba tengok gambar di bawah ni..





Gambar kaki Amira. Guess what, kena seterika. The worst thing is dia tak call pun we all kat office masa Mira kena. "Tak apa, dia tak nangis pun. Kak M dah letak bedak". What? Bedak.... peghak betul lah dia ni. I almost naik angin. She thinks she's so clever, letak bedak dekat luka melecur?



We all bawa Mira ke klinik and guess what the doctor said, "Awak dah check betul2 ke.. manalah tahu kes dera coz luka is quite besar.. Ha,? Tak terfikir pula we all. I guess, it's just a pure accident lah doc. So, sampai sekaranglah parut tu tetap terpahat di kaki Mira. Tak apalah Long, nanti besar along tak boleh pakai skirt.. kata kakct pada Mira. Tapi incident ni bukanlah penyebab kak M resign. I still maintain dia sebab i rasa itu hanyalah kemalangan dan bukannya disengajakan. Lepas resign dari rumah we all, dia kerja kilang di JB.



2. Another maid from Kelantan- Mek N



Selepas cik M left, we decide to take a break. Lepas Angah lahir, we all hantar dia ke rumah baby sitter until when she was about 2 1/2 yrs. Masa ni we all minta tolong arwah MIL dan adik ipar tolong carikan. Dia kata ada orang single parent yang nak kerja. Kakct kata ok lah. Bila MIL bawa ke rumah, tengok2 dia bawak budak hingusan yang dah stop belajar. Ado lah, what to say? Takkan nak marah your MIL? At that time the girl was just 16 yrs old. Mak dia suruh datang tolong cari duit.

Mek N tak banyak perangai. Tp since dia cuma budak2 lagi, not much you can expect from her. Masak sikit2 utk Along and Angah. Kemas sikit2. Basuh baju dan kerja rumah sikit2. Other than that... mengadap TV. We even bought a hi fi stereo masa tu sebab takut dia boring, boleh dengar2 lagu. Kalau jalan2 pun, dia akan ikut. Ke KLCC, Zoo Negara and sekitar KL selalu bawa dia.

Kakct masih ingat bila we all balik Kelantan pada Hari Raya Haji. Bila time nak balik KL, we all singgah rumah dia sebab nak ambik dia balik. Guess what, mak dia kata, she's not home. And dia tak nak kerja lagi. Ler... bengang betul. Kalau tak nak kerja, beritahu lah awal2. Reason... dia kata boring. What do you expect, budak umur 16 tahun duk terperap kat rumah? Mak dia kata dia nak kerja supermarket kat Bandar Tanah Merah yang baru buka tu...

So, apalagi... budak2 kena hantar ke rumah baby sitter yang baru.



3. Maid ke 3 - Si Y

Masa ni kakct heavily pregnant with Muhammad. Angah dah 5 tahun, whereas Along dah sekolah darjah 1. Che Abe masa ni, weekend husband. Dia sambung belajar di negeri P. Balik seminggu sekali jer.

We decided to take foreign maid pula. Local maids ni expectation dia lain sikit. They want to be treated like families and not as pembantu rumah. Kalau kita tegur sikit, kecik hati and so on. Lagipun, they have a lot of choices. Bila boring berhenti suka hati dia sebab nak kerja kilang lah, supermarket lah etc.

Kami ambil si Y dari Pakcik W. Masa tu she's illegal. Dia pernah kerja dengan one chinese family (legally). Lepas 6 mths, she ran way sebab majikan dia suruh masak b*** dan tak dibenarkan solat. So, passport dia masih berada dengan majikan lama dia.

Si Y ni kerja tersangat bagus. Rumah bersih, jaga budak pun ok lah. Cuma dia ni tak ada mulut lansung. So, tak berapa mesra dengan budak2. Bukan tak pandai jaga budak, cuma tak berapa pandai melayan budak lah maksud kakct. Dia duduk dengan we all dalam 2 1/2 tahun juga. We all decided to hantar dia balik juga akhirnya since she's not legal. Masa tu, ada program pemutihan. So, we all ambik kesempatan untuk hantar dia pulang. But we did ask her, kalau Y nak kerja lagi dengan we all, we will arrange to bring her in legally. Tp, dia tak nak. Di cakap dengan my mum she wants to work in kilang. Aiyo, i thot only local maids prefer kerja kilang. Orang In*** pun nak kerja kilang juga ke? Lepas tu kakct dengar dia ada masuk balik ke Malaysia, tapi kerja di restoren.



4. Miss S

Yang ni we all ambik secara sah. Masa ni rasanya kakct baru saja pregnantkan Ammar. Dia ni perangai bagus. Hormat orang tua dan majikan. Cuma.... ada sikit communication problem. Lagi satu IQ... ado lah tersangat rendah. Kalau suruh ambik barang, warna pun dia tak tahu. Memang menguji kesabaran. Suruh goreng ikan 1 ekor, dia akan goreng tiga ekor. Sape nak makan che kak oi. Bukan sebab dia degil, sebab dia tak paham. Walaupun selepas kakct tunjuk isyarat 1 dengan jari.

Masa mula2 masuk, ajar operate mesin basuh, almost 1o x pun tak paham2. Ajar kasi ubat kat budak2 tu pun, masya Allah tak masuk2 kepala. 2ml, jadi 3 ml etc. Tengok jam pun dia tak tahu. 3 jam, jadi 4 jam etc. Last2, after 2 1/2 years juga, we send her back. Tak bole nak sabar lah. Dah 2 tahun lebih pun masih tak pandai. Che abe kata, kalau dia pandai, tak adalah dia jadi maid...But, anak dah 4 orang, 2 masih kecik, I cannot afford to have maid yang slow dan susah nak faham2. Mungkin juga silap we all because we might compare her dengan Cik Y tadi. Memang lah jauh kecekapan nya.



5. Che W

Wow, yang ni i suka sebab dia kerja cepat. Semua benda dia bole buat. Masak, kemas rumah dan boleh repair kalau ada barang rosak. But somehow, che abe tak suka dengan cik W ni. Dia kata, Cik W ni kasar dengan Ammar. Masa ni Ammar dalam lingkungan 2 tahun. Dia suka tarik tangan budak ni kuat2. Che abe takut she might injured him. Dipendekkan cerita, we all tegur lah perangai dia yang tu. Minta jgn kasar sangat dengan Ammar. Lepas tu, macam ok je.



Tiba2, one day kakct berborak dengan jiran sebelah. Lebih kurang begini lah conversationnya:

Neighbour : "Akak, S tak suka lah tengok maid akak yang ni. Macam pelik sikit"

Kakct : "Pelik? Kenapa"

Neighbour : "Maid akak ni suka citer dengan S pasal apa yang berlaku kat rumah akak. S tak layan, tapi dia suka nak cerita"

Kakct : "Apa yang dia cerita?"

Neigbour : "Malas nak cakap lah kak. S dah kenal akak lama, tak nak percaya apa yang dia cerita"

Kakct : "Hmm, apa yang dia cakap kat S? (dalam hati, nak kena W ni)

Neighbour : "Biralah kak. Akak hantar ajelah dia balik. S tengok dia pun suka bertandang kat rumah kak L tu borak dengan maid kak L"

KakCt : "Ok, nanti akak sound dia"



Lepas tu kakct pun cakap dengan W, jangan suka bertandang rumah orang dan bercakap pasal majikan dan apa yang berlaku dalam rumah dengan orang lain. Tak elok. W kata, tak adalah bu. Mana ada saya cakap begitu... So, lepas tu cerita terhenti setakat itu until another few months later my neighbour tny lagi kat kakct. Since my neighbour ni is a full time housewife, dia banyak tahu apa yang terjadi di rumah kakct sepanjang kakct pergi ke pejabat. Kakct suka sebab bole minta tolong dia tengok2 kan budak2 dan maid ni. lepas 2nd time S beri pendapat suruh hantar balik my maid ni.. kakct pun dah cuak. Apa lah yang minah ni dah jaja kat orang pasal kakct. So, i confronted her. Still dia tak mengaku. Rupa2nya bila kakct tanya neighbour2 lain, si W ni suka berjalan ke sana kemari waktu kakct tak ada. Sambil berjalan2 sambil menjaja cerita. So, bukan dengan S aje yang dijaja nya, dengan orang lain juga.

Hangin satu badan lah kakct dengar. Kakct beri kata dua pada W, kalau masih mahu kerja dengan kakct, kakct tak kasi dia keluar rumah lagi kecuali utk sidai kain dan buang sampah aje. Tapi, tak diendahkannya. Last2 kali ke3 kakct sound dia, dia kata dia tak mahu kerja lagi. Mahu pulang. Fine..nak balik? I'll send you home!

Lepas W kata nak balik, kakct arrange for another maid. Nampak dia macam menyesal coz dia baru bekerja 10 bulan dengan kakct. Duit pun tak ada sebab dia selalu hantar duit balik ke Indonesia. Dia ni banyak masalah keluarga, but i won't eleborate kat sini. Dia siap cakap kat kakct, kalau saya tahu cuma banyak itu uang yang tinggal, saya enggak mau pulang.

Well, ibu tak boleh buat apa2, sebab kamu yang mahu pulang. Ibu sudah cari pengganti kamu.. Nampak menitis airmata dia. Sian juga, tapi sape suruh jaja cerita kat orang??

Maid ke 6... to be continued. Tunggu..

No comments:

Post a Comment