Wednesday, July 15, 2009

Muhammad masuk wad

Sempat posing... Tgk gambar belakang budak yang interprem tu tengah kyusuk main game kat laptop

Muhammad mengulangkaji.. adalah 15 minit buat revision

The sibblings give moral support!

Sebenarnya dah agak lama anak2 kakct tak kena admit ke hospital. Masa Angah kecik dulu, dia memang kerap sangat masuk wad sebab asthma. Setahun ada 2,3 x. Muhammad pun tak silap kakct pernah masuk wad sebab wheezing. Masa umur dia dalam lingkungan 2 tahun. Lepas tu kalau kena attack, bole nego dengan doktor untuk just ambik nebulizer 4 jam sekali. Bukan apa, anak2 dah ramai. Kalau ada yang masuk wad, harus haru biru yang tinggal di rumah tu.

This time around, Muhammad start kena asthma attack a day after we send bibik balik. Hari Isnin sampai Rabu kakct cuti, so dia follow aje kakct gi kemana2. Actually, hari Rabu tu kakct dah suruh dia pergi sekolah. Tp somehow, waktu rehat rasa tak sedap hati pula, so kakct pergi tgk dia kat sekolah. Tru enough, memang dia tengah semput. So, pergi jumpa doc lagi, dia dpat mc 2 hari. Friday, keadaan macam dah ok, tp bila jumpa doc, dia kata lung dia masih packed.

Saturday, we went to see doc lagi. Masa tu doc dah sound, kalau tak baik2 juga, macam kena admit sebab dia dah on prednisolone for almost a week. Utk pengetahuan semua, ubat prednisolone ni ada mengandungi steroid. So penggunaanya tak boleh berpanjangan.

Seperti biasa, nego dengan doc. Can't afford to be admitted to hospital doc, sebab i tak ada bibik. (selfish betul mak dia). So, kena buat neb twice for Sat and 4 times for Sunday. Sanggup, janji tak kena masuk wad.

Unfortunately, on Sunday morning after neb, bila doc check dia kata, you better pergi jumpa pakar lah sebab lung dia still tak clear betul even after the neb. Fikir2, ia tak iya juga. Kesian Muhammad. Dah seminggu dia mc. Takkan nak mc lama2. Nanti tertinggal pula pelajaran dia.
So dipendekkan cerita. on Monday when we visited Doc Nasir, confirm dia kena admit. Doc kata mungkin 2,3 hari aje.

So, bergilir lah kakct dan che abe menunggu Muhammad di wad. Kat rumah pula macam kapal karam..Si Muhammad pula suka masuk wad sebab dia kata makanannya sedap...So, masuk wad hari Isnin, alhamdulillah hari Rabu, ie today dah boleh discharge. I think kalau admitted, recovery is very fast sebab dia masuk ubat thru IV (cucuk kat tangan tu). Muhammad, Muhammad. Nak kena keluar ribu riban baru nak baik ye....(sib baik company cover..)

No comments:

Post a Comment