Tuesday, July 14, 2009

Days without maid

Rumah berserak!! Pagi hari kelam kabut sebab nak kena hantar semua orang ke sekolah or nursery. Malam kelam kabut sebab budak2 tak menyempat nak makan. Macam orang kebuluran especially yang dihantar ke nursery. Si Dafina pun, sampai2 rumah terus minta makan nasi! Selalu macam tak heran jer...

Bibik balik hari Sabtu (4 July). Hari Ahad, Muhammad kena asthma attack pula. Hari Isnin sampai Rabu kakct cuti sebab takut Dafina meragam masa dihantar ke nursery. Nasib baik Ammar we all dah train the week before. Nak jadi cerita, che abe pulak kena outstation Hari Isnin sampai Rabu. Apalagi, bersilat lah kakct sorang2 kat rumah.

Hari Isnin, ok lagi. Che abe hantar Along and Angah sekolah. Muhammad MC. so, dia ikut kakct. Hantar Ammar, pas tu hantar Dafina. 1st day, Dafina tak nangis sebab masa kakct tinggal, dia tengah khusyuk tengok baby ramai. Lepas hantar Dafina, bawa Muhammad nebulizer. Balik masak, kemas rumah sikit2. By the time i'm done, dah nak kena ambik angah dan along dari sekolah. Kalau ayah dia ada, along boleh balik dengan ayah.Lepas makan, solat ambik ammar pula. Decided to ambik Dafina sekali. Kesian dia first day, ambik awal sikit lah.

Sampai rumah, angkat kain, kasi mandi budak2, siap makan malam, kasi makan budak2. By the time malam dah tak larat, tapi kain menimbun nak kena lipat. Kerahan tenaga, everybody kena lipat sendiri punya kain baju. Sort baju untuk dibasuh, makan malam, basuh pinggan, tengok budak2 punya kerja sekolah..ntah bila dah terlelap!

No comments:

Post a Comment