Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts

Monday, November 2, 2009

Happy Birthday Mak!

Hari ini birthday mak kakct yang ke 64. Selamat Ulangtahun mak. Semoga panjang umur, sentiasa diberkati Allah dan dimurahkan rezeki.

Tahun ni tak ada special birthday git, cuma semalam kakct dan amira ada buat blueberry cheese tartlets. Teringat yang mak suka makan tart ni. Tadi dah suruh cik Intan drop by kat rumah ambik tart yang dah siap kakct pack untuk mak.

Cuba layan gambar dari cook amatur ni...


Ni shell tart yang dah separuh or 3/4 masak. kakct masak the day before. Semenjak tak ada maid ni, ni lah 1st time buat projek memasak kuih2. Baru nak dapatkan momentum balik ni..

Along lah yang banyak tolong umi mendecorate tart ni. Actually, dia lagi teliti. Kakct dah siap 5 ketui, dia baru siap 2...

Ini lah hasilnya.
Nak resipi? Resipi ni kakct minta dari my fren, miss Nurul. TQ Nurul.. (sori, saya copy paste je. malas nak retype :-))
BLUEBERRY CHEESE TART
Bahan-bahan:
Untuk doh pastri
  • 250gm butter/marjerin
  • 80gm icing sugar
  • 2 biji telur
  • 440-500gm tepung gandum
  • 1 teaspn esen vanila

Kaedah penyediaan:

1. Satukan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh. Tak payah nk putar gula marjerin sampai kembangpun.

2.Ada petua mengatakan utk jadikan doh tu lebih kental/rangup letakkan doh dlm peti ais selama 1 jam. Make sure dlm bekas tertutup atau wrap ngan plastic

3. Ambil sebahagian kecil doh (Utk dptkn saiz ketebalan yg hampir sama, bulat2kan dulu doh tu) dan tekankan dalam acuan tat.Trimkan bahagian tepi acuan.

4. Cucuk-cucuk pastri menggunakan garpu supaya adunan tak menggelembung dan bakar doh pastri selama 10-15 minit atau sehingga separuh masak pada suhu 175’C.

5.Pipe/sudukan cheese filling dlm pastry ½ masak dan sudukan 1/4 sudu kecil blueberry. Kalau rasa tak nak comot, letak bberry filling dlm plastic, gunting hujung sikit & paipkan atas cheese. Senang nak buat corak ikut suka. Atau letak je pakai sudu & guna lidi utk buat corak web/bunga.

6. Bakar 180C dalam 5-10minit atau ikut ‘kehangitan’ yg diingini. Tp cheese kalau overcook dia akan merekah. Tak cantik pulak jadinya.

Cheese Filling

  • 250g cream cheese
  • 60g gula caster
  • 20g butter
  • 1 biji telur Blueberry/strawberry filling

-Untuk filling, pukul cream cheese, gula dan butter sampai kembang, masuk telur dan pukul hingga rata.Masukkan dalam piping beg(optinal je). Pakai sudupun ok.

SELAMAT MENCUBA!

Saturday, June 20, 2009

Lauk and dessert for the day

Ni gambar2 lauk dan dessert menyambut kepulangan cik abe dari kampung last week.. (citer basi sikit, baru sempat nak update..)

Biskut batik untuk menggemukkan diri..

Masak lemak daging salai dengan pisang muda


daging bakar.. (actually ni lebihan buat gulai daging salai pisang muda..)



kerapu sweet and sour


Biskut batik tu sebenarnya cubaan kali ke-2 kakct. 1st time buat tak menjadi.
Sape nak cuba bole cube resepi di bawah... (Resepi ehsan dari my fren, Cik Aini. TQ Ani.. and Su kerana tolong menyalin resepi utk kawan2)

BISKUT (KEK) BATIK

Bahan-bahan
  1. 350 gm biskut marie
  2. 1 buku butter (250gm)
  3. 4 biji telur ayam
  4. 1 cawan milo
  5. 2 sudu makan koko
  6. 3/4 tin susu pekat manis

Cara-cara

  1. Pecah2 kan biskut marie kepada 4 bahagian dan ketepikan
  2. Pecahkan telur dan pukul sedikit
  3. Masukkan susu pekat, milo dan koko yang telah dicairkan dengan air panas (supaya tidak berketul2) ke dalam campuran telur tadi. Kacau sehingga sebati
  4. Masukkan butter (yang telah dicairkan pada suhu bilik) ke dalam campuran di atas
  5. Kacau campuran tadi di atas api yang sederhana sehingga adunan menjadi bergentel2
  6. Setelah agak pekat, masukkan pecahan biskut marie ke dalam adunan dan gaul sehingga rata
  7. Masukkan adunan tadi ke dalam loyang atau acuan yang bersesuaian dan mampatkan dengan menekan2 adunan dari bahagian atas
  8. Sejukkan sebentar dan masukkan ke dalam peti sejuk
  9. Keluarkan biskut batik dari acuan, potong dan hidangkan

    p/s - tip dari aini, kalau nak senang, gunakan saja pembungkus butter utk menekan2 kek. Alaskan adunan dengan pembungkus tersebut dan tekan dengan tangan. Jangan tekan dengan senduk, nanti kek tidak mampat dan bila dipotong akan berderai..


Tuesday, June 16, 2009

Kuih cincin

Cuti sekolah hari tu, my sis and family went to KK, Sabah. Kak Norli ada kerja kat sana. Family dia saja ikut jalan2. Kakct ni pantang dengar ada orang pergi Sabah, sure nak mengirim. Bukan nya ape, kirim kuih cincin. Bentuk and taste dia a bit like kuih telinga k****g, tapi version keras. Tak silap kakct, kat Semenanjung tak ada jual kuih ni..

Sape yang tak kenal kuih cincin ni...ini lah rupenya. Diana (my niece) kata, harga dia RM5 sepeket utk packaging yang besar dalam gambar ni. Sebab beli banyak, dapat diskaun RM20 utk 5 pakets. Kira RM4 sepeket.

Utk you all yang tak pernah rasa kuih ni, kalau ke Sabah cube lah...



Friday, April 17, 2009

Bday angah lagi


Fina dan ammar tak sabar nak makan kek..

Monday, April 13, 2009

Bday angah


Cuppies yg kakct oder dr kwn opis