Monday, November 2, 2009

Happy Birthday Mak!

Hari ini birthday mak kakct yang ke 64. Selamat Ulangtahun mak. Semoga panjang umur, sentiasa diberkati Allah dan dimurahkan rezeki.

Tahun ni tak ada special birthday git, cuma semalam kakct dan amira ada buat blueberry cheese tartlets. Teringat yang mak suka makan tart ni. Tadi dah suruh cik Intan drop by kat rumah ambik tart yang dah siap kakct pack untuk mak.

Cuba layan gambar dari cook amatur ni...


Ni shell tart yang dah separuh or 3/4 masak. kakct masak the day before. Semenjak tak ada maid ni, ni lah 1st time buat projek memasak kuih2. Baru nak dapatkan momentum balik ni..

Along lah yang banyak tolong umi mendecorate tart ni. Actually, dia lagi teliti. Kakct dah siap 5 ketui, dia baru siap 2...

Ini lah hasilnya.
Nak resipi? Resipi ni kakct minta dari my fren, miss Nurul. TQ Nurul.. (sori, saya copy paste je. malas nak retype :-))
BLUEBERRY CHEESE TART
Bahan-bahan:
Untuk doh pastri
  • 250gm butter/marjerin
  • 80gm icing sugar
  • 2 biji telur
  • 440-500gm tepung gandum
  • 1 teaspn esen vanila

Kaedah penyediaan:

1. Satukan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh. Tak payah nk putar gula marjerin sampai kembangpun.

2.Ada petua mengatakan utk jadikan doh tu lebih kental/rangup letakkan doh dlm peti ais selama 1 jam. Make sure dlm bekas tertutup atau wrap ngan plastic

3. Ambil sebahagian kecil doh (Utk dptkn saiz ketebalan yg hampir sama, bulat2kan dulu doh tu) dan tekankan dalam acuan tat.Trimkan bahagian tepi acuan.

4. Cucuk-cucuk pastri menggunakan garpu supaya adunan tak menggelembung dan bakar doh pastri selama 10-15 minit atau sehingga separuh masak pada suhu 175’C.

5.Pipe/sudukan cheese filling dlm pastry ½ masak dan sudukan 1/4 sudu kecil blueberry. Kalau rasa tak nak comot, letak bberry filling dlm plastic, gunting hujung sikit & paipkan atas cheese. Senang nak buat corak ikut suka. Atau letak je pakai sudu & guna lidi utk buat corak web/bunga.

6. Bakar 180C dalam 5-10minit atau ikut ‘kehangitan’ yg diingini. Tp cheese kalau overcook dia akan merekah. Tak cantik pulak jadinya.

Cheese Filling

  • 250g cream cheese
  • 60g gula caster
  • 20g butter
  • 1 biji telur Blueberry/strawberry filling

-Untuk filling, pukul cream cheese, gula dan butter sampai kembang, masuk telur dan pukul hingga rata.Masukkan dalam piping beg(optinal je). Pakai sudupun ok.

SELAMAT MENCUBA!

3 comments:

  1. intan balik ye.. tak celebrate birthday mak ke? Ina pun call je semalam. tahun nie tak belikan apa-apa pun, kad pun tak de..

    ReplyDelete
  2. kak neng tak de FB account ker?

    ReplyDelete
  3. Tak ada facebook ler...tak reti. Ha ha. Intan balik this week, wa paksa dia amik kuih tart tu kat rumah sebab masa mak datang hari Sabtu tu, tartnye tak siap lagi.

    Eh, bagilah add blog ina.

    ReplyDelete