Friday, May 1, 2009

Denggi???



Ahad lepas, tak pasal pasal lepas bangun dari tidur tengahari, dafina demam panas. Risau kakct dibuatnya. Selsema tak ada. Batuk pun tak ada. Mana tak risau, baru last week MPAJ datang buat fogging kat area rumah kakct. Emmm, mesti ni sebab ada kes denggi.
Pas makan ubat, demam tak kebah mana, tapi dia dah nak main dengan abang2nya. Kalau tak, melepek aje macam kat gambar ni ha. Pukul 5.30 ptg, demam panas balik. Kasi ubat lagi. Kul 9.30 malam, naik lagi temperature dia. Kakct tunggu kul 10 baru kasi ubat sebab tak sampai 5 jam. Nak tidur pun tak bole. Dia asyik merengek aje. Maklumlah, Fina ni jarang sgt demam. Sesekali demam, manja dia terlebih.
Tengah malam dalam kul 3, dia terjaga. Rupanya temperaturenya naik semula. Apalagi kasi ubat sumbat dalam ponggonglah jawabnya...
Paginya, demam dah kebah tapi kakct tak berani nak tinggal dia dengan maid aje. Cik Mek maid kakct ni bukan bole harap sgt kalau bab kasi makan ubat budak ni. So, terpaksalah kakct ambil emergency leave. Nasib baik dah lama budak2 ni tak demam. Tak ada lah asyik kena cuti mengejut aje.
Tengahari lepas ayah dia balik, baru we all bawa Fina g klinik. Dr kata tekak dia ok. Tak merah. Masa tu dia masih demam. Dr kata, kalau by Wed tak baik, kena cek darah. Maklumlah, anak2 kakct dah 2 orang pernah kena denggi ni. Si Amira waktu dia darjah 6 dulu kena masuk wad Ampang Puteri sampai seminggu. Platlet dia drop sampai 40. Tapi Alhamdulillah, tak ada apa2. Next yearnya pula si Ammar pula kena. Masa tu dia baru aje 1 1/2 tahun. Baya si Dafina lah. Ado..kesian tengok Ammar masa tu compare to ALong sebab dr susah nak cari urat untuk amik darah sebab dia kecik lagi. Tp, mujur lah Ammar tak kena lama. Platlet dia pun drop sampai 100 sahaja. Kakct tak tahu lah kenapa Ammar cepat sembuh, tapi lepas along kena dulu, ada orang kata suruh kasi daun betik atau sup ketam. Seingat kakct, Ammar memang lepas makan air daun betik tu, the next day platlet dia naik. Not sure whether sebab daun betik tu ke atau memang dia dah nak baik. Whatever it is, kita berusaha ajelah kan. Yang lain tu terserah pada Allah saje.
Berbalik pada Dafina, alhamdulillah lepas g klinik tu malam tu demam sekejap, pas tu terus dia ok. Now ni cuma selsema sikit2 aje...
Pada sesiapa yang nak cuba resepi air daun betik utk denggi-
  1. Amik 2, 3 helai daun betik,
  2. Tumbuk sehingga lumat
  3. Campurkan sedikit air.
  4. Jangan direbus!
  5. Aturan makan, sehari satu sudu besar. Rasa air tu..masya Allah, teramat lah pahitnya. Ada orang kata sup ketam pun bole juga. So, baik lah cuba dengan sup ketam dulu...at least rasanya sedap :-)

No comments:

Post a Comment